Tentang Kami
Coconut Empire telah ditubuhkan pada 30 April 2018 yang berpusat di Seksyen 25 Shah Alam. Kami adalah syarikat 100% milik bumiputera yang merupakan pengilang, pengeluar dan pembekal Minyak Kelapa Dara (VCO).
Kami mampu memastikan kualiti Minyak Kelapa Dara pada kualiti yang terbaik kerana kami menguruskan proses pembuatan daripada awal hingga akhir sendiri, tanpa menggunakan pihak ketiga. Minyak Kelapa Dara kami juga adalah 100% organik tanpa apa apa penambahan bahan kimia atau pengawet.

DAPATKAN MINYAK KELAPA DARA TERBAIK
Kami mampu memastikan kualiti Minyak Kelapa Dara pada kualiti yang terbaik kerana kami menguruskan proses pembuatan daripada awal hingga akhir sendiri, tanpa menggunakan pihak ketiga. Minyak Kelapa Dara kami juga adalah 100% organik tanpa apa apa penambahan bahan kimia atau pengawet.
Dalam proses pembuatan Minyak Kelapa Dara, kami menggunakan proses Centrifuge, Vacuum Evaporation dan Filtration bagi memastikan peratusan air pada kadar terendah iaitu 0.01%.
Disamping itu, kami juga mampu mengeluarkan Minyak Kelapa Dara secara komersial untuk tujuan OEM bagi memenuhi kehendak pelanggan.

SEDIA MEMBERI SERVIS TERBAIK
Coconut Empire komited dalam memberikan pelanggan kami perkhidmatan yang lengkap. Kami percaya bahawa perkhidmatan ini meletakkan rakan kongsi kami, pembeli, pada kelebihan daya saing.
Coconut Empire membantu mengurangkan malah menghapuskan risiko dengan memastikan pelaksanaan kontrak perniagaan yang betul dan tepat pada masanya walaupun dalam keadaan pasaran yang paling sukar dan tidak menentu.

MENGAPA KAMI?
Kami bergerak maju ke hadapan dengan konsep membina keluarga, sama ada pelanggan, rakan kongsi, pekerja atau sebagainya. Kami menyusun strategi untuk menjual produk Minyak Kelapa Dara yang 100% tulen dan baik. Selain dari memastikan kualiti Minyak Kelapa Dara kami terbaik, kami juga sering mencari jalan untuk membina hubungan jangka masa panjang antara kami dan pelanggan.
KAMI PERCAYA PADA

KUALITI
Kualiti penghasilan Minyak Kelapa Dara akan menjadi keutamaan kami.

KEBERSIHAN & KESELAMATAN
Sebagai pengeluar dan pembekal produk yang bertanggungjawab, kebersihan dan keselamat menjadi kepentingan kami.

PROFESIONALISME
Hubungan antara pelanggan, rakan kongsi, pekerja dan kami akan kami jaga sebaiknya.
